Memaparkan catatan dengan label HARUAN. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mac 2016

thumbnail

KISAH TOMAN TERJERUT TALI PANCING DI POKOK TERATAI


Al kisah si toman bujang meragut `sound frog` di atas permukaan daun pokok teratai membuatkan aku tersentak seketika. Rod ultralight dan reel abu aku tak mampu berbuat apa2 kerana sentapannya teramat kuat sehinggakan tali pancing aku ber zig zag di setiap batang pokok teratai.

Nawaitu aku hanya untuk mencari seekor dua ikan haruan untuk isteri yang sedang berpantang dan tidak terlintas pula untuk casting toman. Aku pun lontar Sound Frog brand SAS ke atas daun teratai. Ngam ngam jatuh atas kepala dia. Dengan kelajuan maksimum dia melilit tali pancing aku di batang-batang teratai.

Dalam keadaan terkejut dan terkujat, aku mengambil masa untuk berfkir sebab aku sendiri pun tak tau dalam mana kawasan tu. Hampir sejam jugaklah aku tunggu toman tu lemah namun tiada sedikit pun petanda yang dia akan beralah.

Akhirnya aku terpaksa putuskan tali dan pulang dengan hampa, Di rumah akku teringat seorang kenalan rapat yang mempunyai set kasut getah yang boleh di buat meranduk kedalam air. Alhamdulillah akhirnya dia (sifo Carul) bersetuju untuk menemani aku ke lokasi di sebelah petang.

Haa tuu dia talinya..Sifo Carul pun sarung set kasut getahnya meranduk ke kawasan teratai yang aku tunjukan tu. Akhirnya operasi mencari dan menyelamat kami selesai. Suspek yang meragut katak aku tu di temui mati terjerut tali pancing di dasar pokok teratai.




Boleh tahan jugak saiz si toman bujang ni. Dan juga bukan rezki aku kerana tak berjaya menaikan dan menyelamatakan toman ni dengan cara CNR. Haruan? masih dalam pencarian..to be continued ;)

Isnin, 1 Februari 2016

thumbnail

CASTING HARUAN DAN TOMAN LOMBONG PINGGIRAN PUTRA


Rindu dekat port lama aku dengan sifo Fendy pun set komplot casting Toman kat area ni. Seawal pagi jam dekat hanpon menunjukan waktu semakin mencemburi kami. Sifat pemangsa kat port ni hanya bernafsu di awal pagi sahaja. Bila matahari dah naik, maka kita pun kenalah simpan gewang dalam box dan cari kedai kopi.

Dulu port ni toman kategori remaja memang banyak. Boleh tengok kat dalam Youtube channel Joran & Gewang bape banyak aku naikan. Namun sejak akhir akhir ni, port ni dah jadi sarang penagih yang suka letak jaring dari hulu hingga ke hilir. Aku pun kecewa gak dengan segelintir penagih jaring ni buat lombong tu macam dia punya jer.

Tapi masa aku pegi ni alhamdulillah jaring tidak kelihatan. Dengan hati senang aku dengan sifo Fendy pun casting. Boiling si toman dan haruan memang banyak waktu pagi-pagi ni. Tapi agak pelik kenapa topwater dia tak layan. Pelbagai jenis gewang dah di gunakan dan akhirnya terpaksa guna gewang `crank`. Risau tu ada le sebab potensi untuk `cukai gewang` di dasar lombong tu agak tinggi.

Hasilnya..seekor haruan bersaiz (sedap mata memandang) dapat dijinakan. Lega akhirnya rod Ganko yang aku beli kat Masta Fakhree telah hanyir dan mendapat lesen. Meh sini hambo belanja gambar..



Jumaat, 1 Januari 2016

thumbnail

SUKA DUKA KOMPLOT TAHUN BARU 2016


3 sahabat menjengah tirai 2016 untuk mendapatkan lesen masing-masing. Ternyata di pagi hari 1 Januari 2016 ini  memberansangkan apabila ketukan ketukan sang haruan dan toman menjadikan kami tercabar untuk menjinakan mereka. 

Admin bersama 2 rakan iaitu sifo Fendy (polis evo) dan sifo Zaki. Namun dalam suka dan keriangan itu terpalit satu kedukaan apabila rakan kami Zaki telah tertusuk mata 3 miliknya sendiri apabila cuba membukanya dari mulut si toman. Selepas proses 'cnr' beliau telah di bawa ke sebuah klinik yang berdekatan. Semoga cepat sembuh.



Jumaat, 2 Oktober 2015

thumbnail

KACAU HARUAN BAWA ANAK..

Pagi ni sepatutnya admin follow beberapa sahabat ke sebuah lokasi peacock bass. Namun atas sebab masalah kecil, komplot kami ni terpaksa di batalkan.

Macam biasa, nak tak nak tangan ni mesti nak melontar lagi lagi baru beli katak jenama SAS. Nak jugak test yer.

Alhamdulillah rezeki pagi jerebu kuat. Kalau di lihat memang tak elok jika kita buat aktiviti luar skang ni. Jerebu semakin teruk.

Tu dia jerebu..sesak nafas dibuatnya.rimasss







Isnin, 31 Ogos 2015

thumbnail

REZKI HARUAN PAGI MERDEKA

Sejak semalam lagi admin teringin sangat nak menduga spesis haruan yang ada di dalam kolam takungan ni kerana sebelum ni admin terlupa untuk membawa sp (soft plastic) jenis katak jenama SAS sebesar ibu jari.

Lontaran pertama dan kedua tidak mengena mungkin kerana kaki katak terbabit agak panjang.Setelah di potong dengan menggunakan playar, akhirnya 3 ekor haruan berjaya dijinakkan.



Curut jer..namun sentapannya mengejutkan.


Isnin, 10 Ogos 2015

thumbnail

SEPAGI BERSAMA SIFOO FAKHREEAHDON APEX

Nin dia sifoo Sara-sara Nakamura yang berjaya menjinakkan ruan dan toman.
Bukan senang dapat join casting bersama beliau.Macam biasa hari tersebut aku hanya melihat jer otai Sara-sara ni menaikan mangsanya.Aku macam biasa tetap dengan `bangau` aku.hehehe..

Meh Admin belanja gambor skit..