Ahad, 6 Mac 2016

thumbnail

KISAH TOMAN TERJERUT TALI PANCING DI POKOK TERATAI


Al kisah si toman bujang meragut `sound frog` di atas permukaan daun pokok teratai membuatkan aku tersentak seketika. Rod ultralight dan reel abu aku tak mampu berbuat apa2 kerana sentapannya teramat kuat sehinggakan tali pancing aku ber zig zag di setiap batang pokok teratai.

Nawaitu aku hanya untuk mencari seekor dua ikan haruan untuk isteri yang sedang berpantang dan tidak terlintas pula untuk casting toman. Aku pun lontar Sound Frog brand SAS ke atas daun teratai. Ngam ngam jatuh atas kepala dia. Dengan kelajuan maksimum dia melilit tali pancing aku di batang-batang teratai.

Dalam keadaan terkejut dan terkujat, aku mengambil masa untuk berfkir sebab aku sendiri pun tak tau dalam mana kawasan tu. Hampir sejam jugaklah aku tunggu toman tu lemah namun tiada sedikit pun petanda yang dia akan beralah.

Akhirnya aku terpaksa putuskan tali dan pulang dengan hampa, Di rumah akku teringat seorang kenalan rapat yang mempunyai set kasut getah yang boleh di buat meranduk kedalam air. Alhamdulillah akhirnya dia (sifo Carul) bersetuju untuk menemani aku ke lokasi di sebelah petang.

Haa tuu dia talinya..Sifo Carul pun sarung set kasut getahnya meranduk ke kawasan teratai yang aku tunjukan tu. Akhirnya operasi mencari dan menyelamat kami selesai. Suspek yang meragut katak aku tu di temui mati terjerut tali pancing di dasar pokok teratai.




Boleh tahan jugak saiz si toman bujang ni. Dan juga bukan rezki aku kerana tak berjaya menaikan dan menyelamatakan toman ni dengan cara CNR. Haruan? masih dalam pencarian..to be continued ;)

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments