Khamis, 1 Januari 2015

thumbnail

SEBARAU SUNGAI LUI


Adik bongsu kepada admin sempat pergi test power popper dekat Sungai Lui pada akhir tahun 2014 hari tu. Hasilnya 2 ekor sebarau curut dapat di naikan dengan menggunakan popper dan spoon kilat. Memang ganas jugak sebarau situ sebab top water dengan spoon kilat pun dia bedal.

Nak mancing sebarau ni ada waktunya. Boleh jer nak mancing sepanjang hari tapi mesti kena tau teknik dan dapat baca mana ikan itu sedang aktif.

Gambar di atas popper biru yang digunakan oleh adik admin. Macam kena karen katanya bila ikan tu letup popper. Sungai Lui ni memang banyak tempang nak casting. Tapi kena hati-hati jugak la sebab port ulau tedung selar memang banyak.

Nak meranduk pun boleh nak landbase pun boleh. Tak dinafikan kaki pancing macam kita ni kalau dah nampak air macam ni memang tak senang duduk. Ada kalanya lupa diri. Yang penting mesti utamakan keselamatan. 


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments