Isnin, 1 Februari 2016

thumbnail

CASTING HARUAN DAN TOMAN LOMBONG PINGGIRAN PUTRA


Rindu dekat port lama aku dengan sifo Fendy pun set komplot casting Toman kat area ni. Seawal pagi jam dekat hanpon menunjukan waktu semakin mencemburi kami. Sifat pemangsa kat port ni hanya bernafsu di awal pagi sahaja. Bila matahari dah naik, maka kita pun kenalah simpan gewang dalam box dan cari kedai kopi.

Dulu port ni toman kategori remaja memang banyak. Boleh tengok kat dalam Youtube channel Joran & Gewang bape banyak aku naikan. Namun sejak akhir akhir ni, port ni dah jadi sarang penagih yang suka letak jaring dari hulu hingga ke hilir. Aku pun kecewa gak dengan segelintir penagih jaring ni buat lombong tu macam dia punya jer.

Tapi masa aku pegi ni alhamdulillah jaring tidak kelihatan. Dengan hati senang aku dengan sifo Fendy pun casting. Boiling si toman dan haruan memang banyak waktu pagi-pagi ni. Tapi agak pelik kenapa topwater dia tak layan. Pelbagai jenis gewang dah di gunakan dan akhirnya terpaksa guna gewang `crank`. Risau tu ada le sebab potensi untuk `cukai gewang` di dasar lombong tu agak tinggi.

Hasilnya..seekor haruan bersaiz (sedap mata memandang) dapat dijinakan. Lega akhirnya rod Ganko yang aku beli kat Masta Fakhree telah hanyir dan mendapat lesen. Meh sini hambo belanja gambar..



Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments