Khamis, 2 Februari 2017

thumbnail

HAMPALA AKA SEBARAU MENGGANAS SESUDAH SUBUH


Dah lama tak menulis. Port memancing memang banyak, tapi benda yang kita buru ni memang liat nak di daratkan. Terbaru aku ke sebuah empangan bersama seorang sahabat (Sifo Zaki) yang pakar meredah hutan dan lubuk-lubuk ikan berspesis pemangsa ni.

Semenjak Sifo Zaki ni duduk berdekatan dengan rumah aku, rajin pulak kami berdua pergi `memburu`. Bergerak jam awal 5 pagi dari rumah setibanya di lokasi jam 6 pagi. Kami pun meredah masuk denai denai dengan tiupan aingin yang amat dingin seram sejuk.

Memang tak dinafikan waktu pagi itu terdapat bunyi-bunyian kocakan si pemangsa yang mengejar `breakfast`. Teruja memang teruja. Hasilnya walaupun tak lumayan, tapi memang puas melihat spesis ini mengejar gewang dan membuatkan kita seperti terkena `karen` sehingga terketar ketar kepala lutut.

Admin belanja gambar skit..maaf video tak dapat dikongsikan atas sebab tertentu.


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments