
Baru baru ni admin sempat meneman seorang sahabat dari Kedah yang sama sama berkunjung di Pantai Pasir Bongak Pulau Pangkor dengan tujuan mencuba nasib.
Admin langsung tak membawa apa apa peralatan pancing namun sempat menjadi 'wartawan' untuk merakam detik detik sesi pancingan.
Kami memulakan langkah ke sebuah tempat yang di beri nama Batu Keramat yang di gelar sendiri oleh penduduk tempatan.
Masa itu air mula surut di waktu petang dan orang kampung cakap air mati.Amat mudah untuk memancing sebab batu ladung tak hanyut dik deras sungai bawah laut.
Namun kami hanya mampu melontar SP (soft plastic bait) di tepian pantai yang berbatu batu.
Pada mulanya kami ingat kami hanya beriadah sahaja.Rupa rupanya semakin senja semakin kuat pulak si kerapu mengejar SP.



Mei 29, 2015
Tags :
#GengAmpangPutrajaya
,
CASTING
,
GEWANG
,
JORAN
,
PANCING
,
SPOON
,
TOPWATER
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments