Khamis, 19 Februari 2015

thumbnail

IKAN DAUN BARU DI TAHUN BARU CINA DEKAT JETI SUNGAI PELEK SEPANG


Cuti Raya Cina 2015 baru ni aku dengan famili plan pergi ke sebuah jeti yang terletak di Sungai Pelek Sepang. Sampai jer jam 10 pagi di lokasi kami terus pasang kelengkapan 'sniper' (joran) masing-masing dengan pantas oleh kerana masa tu di jeti masih tiada seorang pun pemancing.

Tapi ketika itu muara Sungai Pelek kelihatan surut. Dan masa tu terasa jugak yang masa itu berjalan dengan perlahan. Cuaca waktu itu pun boleh dikatakan panas terik. Masing-masing pun melontar joran dengan umpan udang mati dan Pun-Pun.

Rupanya ketika air sedang surut pada waktu itulah rod masing-masing direntap dengan ganas. Seekor Daun Baru telah merentap rod puyu yang berada disebelah adik aku. Punyalah layan sebab rod halus melayan keganasan Daun Baru.

Aku pun malas nak blogging lama-lama, apa kata aku terus belanja gambar-gambar di lokasi semalam.

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments