Ahad, 4 Oktober 2015

thumbnail

KOMPLOT JIGGING TANJUNG TUAN EDISI KE2 DI LAMBUNG OMBAK DAN HUJAN

Komplot jigging Tanjung Tuan edisi ke-2 pada 4 Oktober lepas yang di wakili oleh Azlan, Jigjoi dan beberapa rakan yang lain. Di khabarkan cuaca pada waktu pagi itu angin kencang di sekitar pantai Tanjung Tuan menunjukan keadaan cuaca tidak menentu bakal berlaku di perairan Selat Melaka.

Namun kecekalan team edisi ke-2 ni tak dapat di sangkal. Mereka tetap turun juga ke laut dengan tekong yang berpengalaman iaitu Tekong Arep. Ombak beralun kuat dan mereka di sarankan memakai `life jacket` untuk keselamatan masing-masing.

Hasilnya mereka berjaya mendaratkan 3 ekor talang dan seekor alu-alu (baracuda) bersaiz besar. Pengalaman yang mereka lalui amat berharga kerana dalam keadaan cuaca hujan dan angin yang kuat mereka berjaya juga mendapatkan kepuasan berjigging di Tanjung Tuan. Tahniah para sahabat..

Azlan belanja sikit gambar hasil tangkapan..




Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments