Memaparkan catatan dengan label TANJUNG TUAN. Papar semua catatan

Ahad, 4 Oktober 2015

thumbnail

KOMPLOT JIGGING TANJUNG TUAN EDISI KE2 DI LAMBUNG OMBAK DAN HUJAN

Komplot jigging Tanjung Tuan edisi ke-2 pada 4 Oktober lepas yang di wakili oleh Azlan, Jigjoi dan beberapa rakan yang lain. Di khabarkan cuaca pada waktu pagi itu angin kencang di sekitar pantai Tanjung Tuan menunjukan keadaan cuaca tidak menentu bakal berlaku di perairan Selat Melaka.

Namun kecekalan team edisi ke-2 ni tak dapat di sangkal. Mereka tetap turun juga ke laut dengan tekong yang berpengalaman iaitu Tekong Arep. Ombak beralun kuat dan mereka di sarankan memakai `life jacket` untuk keselamatan masing-masing.

Hasilnya mereka berjaya mendaratkan 3 ekor talang dan seekor alu-alu (baracuda) bersaiz besar. Pengalaman yang mereka lalui amat berharga kerana dalam keadaan cuaca hujan dan angin yang kuat mereka berjaya juga mendapatkan kepuasan berjigging di Tanjung Tuan. Tahniah para sahabat..

Azlan belanja sikit gambar hasil tangkapan..




Rabu, 9 September 2015

thumbnail

TRIP J I G G I N G TANJUNG TUAN PORT DICKSON 5 SEPT 2015

Sekian lama menanti trip ni akhirnya En. Carul berjaya juga mengumpul sahabat-sahabatnya untuk turun beraksi di Tanjung Tuan Port Dickson. Kami ( Carul, Fendy, Wan dan AJ) tiba di perkampungan jeti nelayan Tanjung Tuan jam 7.30 pagi. Tekong kami Pak Din Singapore sedang bersiap siaga menanti persediaan kami.

Jam 8.45 pagi kami semua mula belayar ke lokasi.








VIDEO TRIP JIGGING TANJUNG TUAN PORT DICKSON (JORAN & GEWANG)