Selasa, 9 Ogos 2022

thumbnail

JANGAN LEPAS IKAN LARANGAN KE DALAM SUNGAI KITA!!

Ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini menjadikan ikan hiasan sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Antara kelebihan memelihara ikan ialah ia mampu memberi ketenangan kepada pemiliknya selain lebih mudah dijaga.

Malah di pasaran, terdapat pelbagai ikan hiasan yang dijual dan mendapat sambutan menggalakkan termasuk ikan laga, ikan guppy dan ikan koi.

Bagaimanapun, terdapat dalam kalangan peminat ikan yang inginkan kelainan dengan sanggup mengeluarkan belanja yang besar memelihara ikan dilarang Jabatan Perikanan Malaysia termasuk ikan flower horn, ikan raja, ikan arapaima dan ikan buaya.

Pada tahun ini, terdapat enam kes sitaan dilakukan di premis ikan hiasan kerana menjual ikan larangan tanpa kebenaran bertulis ketua pengarah Jabatan Perikanan Perikanan Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman berkata, terdapat beberapa genus dan spesies ikan asing (bukan asli di Malaysia) yang dilarang untuk diimport, dijual, dipelihara atau disimpan.

Ia diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, Dsb. Bagi Ikan) 1990 dan (pindaan) 2011 yang dibuat di bawah Akta Perikanan 1985.

"Larangan bagi genus ikan pada peraturan 1990 diwartakan atas dasar sifat-sifat asal Amazon yang karnivor ganas, traumatogenik dan berbahaya kepada populasi ikan tempatan dan masyarakat.

"Selain itu, pengenalan genus ini di perairan umum tanpa kawalan akan mengganggu, keseimbangan biodiversiti habitat dan ekosistem akuatik negara.

"Tambahan genus dan spesies bagi pindaan 2011 adalah berasaskan kepada faktor perebakan penyakit, sifat pemangsaan ganas serta keseimbangan biodiversiti ekosistem akuatik," katanya.

Menurutnya, tujuan peraturan ini diperkenalkan adalah untuk mengawal dan melindungi kepentingan ekosistem dan biodiversiti akuatik negara daripada didominasi ikan larangan ini.

"Ikan ini dikhuatiri akan mengganggu ekosistem semula jadi perikanan darat jika terlepas atau dilepaskan secara sengaja ke dalam sungai, tasik dan lain-lain perairan negara.

"Ikan-ikan ini mempunyai kecenderungan mendominasi ekosistem melalui kadar pembiakan yang tinggi dan bersifat agresif terhadap ikan lain.

"Selain itu, ikan ini mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru dengan mudah," katanya.

Beliau berkata, menerusi Program Pemantauan dan Pengawasan Ikan Larangan yang dijalankan, tidak mengetahui peraturan sedia ada antara alasan yang kerap diberikan oleh pemilik premis dan individu.

"Bagi penjual, mereka berpandangan aktiviti tidak terikat dengan peraturan dan harga ikan ini lebih mahal di pasaran serta mendapat permintaan tinggi.

"Manakala individu yang memelihara ikan ini kerana ikan memiliki ikan asing yang mempunyai morfologi berbeza berbanding ikan asli tempatan," katanya.

Bagaimanapun, beliau melihat keadaan masih terkawal memandangkan hasil kajian inventori di perairan sungai pada setiap tahun mendapati kehadiran spesies ikan yang dilarang masih di tahap rendah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Bukti Ikan Flower Horn dah banyak dalam sungai kita

Selasa, 21 Jun 2022

thumbnail

IKAN PARI GERGASI SUNGAI MEKONG BERJAYA DITANGKAP

Ikan pari air tawar gergasi yang berukuran empat meter (13 kaki) dari muncung hingga ekor, ditangkap minggu lalu dan dilepaskan semula selepas dipasang dengan peranti untuk menjejaki kelakuannya.

Haiwan dasar laut itu mengatasi rekod sebelumnya bagi kategori ikan air tawar terbesar yang dipegang ikan keli gergasi Mekong seberat 293 kilogram (646 paun) yang ditangkap di Thailand pada 2005, kata projek penyelidikan Wonders of the Mekong yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS).

Ikan pari yang ditangkap di wilayah Stung Treng di utara Kemboja, adalah lebih dua kali ganda berat purata gorila tanah rendah, kata pakar.

"Selama 20 tahun mengkaji dan meneliti ikan gergasi di sungai dan tasik, ini adalah ikan air tawar terbesar yang pernah ditemui atau yang didokumenkan di mana-mana di seluruh dunia.

"Ini adalah penemuan yang sangat menakjubkan, sekali gus membolehkan kami lebih memahami misteri spesies ini dan sungai yang dihuninya," kata Zeb Hogan, ahli biologi ikan yang mengetuai projek Wonders of the Mekong, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bulan lalu, seekor ikan pari air tawar gergasi terancam sepanjang empat meter dan seberat 180 kilogram turut dipancing oleh seorang nelayan di wilayah sama.

Sungai Mekong menjadi 'rumah' lebih 1,000 spesies ikan, dan ikan pari bukan satu-satunya hidupan yang hidup dalam perairan berlumpur - saiz ikan keli dan duri gergasi juga boleh mencecah sehingga tiga meter panjang dan 270 kilogram berat.

Saintis memberi amaran bahawa sisa plastik mengancam hidupan liar walaupun di kawasan paling dalam di Mekong, selain 'jaring hantu' yang ditinggalkan nelayan. - AFP

Ahad, 10 Januari 2021

thumbnail

KOMPLOT MANCING HARUAN DI KLIA


Episod kali ni aku and the geng ke ladang KLIA. Jarang jarang kami komplot ke luar kawasan untuk mencari sang haruan. Sebagai youtuber, memang ini yang dituntut untuk mengembangkan lagi konten kita demi kepuasan diri sendiri dan juga penonton. Hope korang terus support dan terhibur dengan konten konten yang aku sediakan. Yang kurang insyaAllah aku akan tambah baikkan. Bukan senang nak senang..kan? Jom layan video ni. 
 

VIDEO PENUH

thumbnail

LUBUK SIAKAP LIAR DI LEMBAH KLANG


Episod ini aku mennyajikan sebuah konten mengenai lubuk siakap liar di sebuah daerah yang perlu dirahsiakan di atas permintaan tuan tanah. Nak jadi cerita kali pertama aku pergi ke lubuk ini memang tak kena pada time dan waktunya. Pejalanan masuk dah la jauh ya amat. Sakit sakit pinggang aku membonceng motor kawan aku ni.

Kali kedua aku repeat. Alhamdulillah ternyata memang benar spot ni lubuk ikan siakap. Nak kata saiz bagak bagak tu tak ada la kan. Tapi ok lah boleh dijadikan konten yang digemari ramai. Ah malas nak sembang lebih. Korang layan jer la video ni.


VIDEO SIAKAP LIAR

Isnin, 20 Januari 2020

thumbnail

REMAJA LELAKI NYARIS MAUT DILANGGAR TODAK


Doktor di Hospital Wahidin Sudirohusodo, Sulawesi berjaya menyelamatkan seorang remaja yang lehernya tertusuk spesies ikan todak.

Beberapa keping foto yang tular menunjukkan remaja dikenali Muh Idul itu tertusuk ikan todak dengan luka agak parah.

Portal makassar.terkini.id melaporkan, ikan itu terbang dan tertusuk di leher Idul ketika dia memancing di perairan Siompu Buton Selatan, 18 Januari lalu.

Idul adalah pelajar Sekolah Menengah Persekutuan Negeri 3 Siompu di Kampung Wakinamboro, Buton Selatan.

Sebelum itu, dia dirawat di Hospital Siloam, Bau-Bau kemudian dirujuk ke Wahidin Sudirohusodo di Makassar.

Hari ini, doktor berjaya mengeluarkan muncung ikan yang menusuk leher dan dan mangsa selamat menjalani pembedahan itu.

“Ya, sudah selamat. Ikannya berjaya dikeluarkan,” kata pasukan sukarelawan Wahdah Islamiyah Buton Selatan, Aljisad kepada portal itu.

Sebelum itu, sukarelawan itu mengumpul dana untuk membantu pembedahan Muh Idul yang kemudian disebarkan ke media sosial.

Beberapa portal di Malaysia juga turut menyebarkan berita itu kononnya berlaku di negara ini.

Isnin, 13 Januari 2020

thumbnail

KAKI PANCING AMATUR BERJAYA TANGKAP KERAPU GERGASI BERUSIA 50 TAHUN


Ikan kerapu gergasi berusia 50 tahun berjaya ditangkap seorang pemancing amatur di perairan pantai barat Florida, dekat sini, Disember lalu.

CNN melaporkan, ikan ditangkap lelaki bernama Jason Boyll itu seberat 160 kilogram.

Penyelidik di Institut Penyelidikan Pesuruhjaya Ikan dan Hidupan Liar (FWC) menganggarkan usia kerapu Warsaw itu selepas memeriksa butiran kalsium yang terbentuk di belakang otak ikan bertulang berkenaan.

FWC menerusi hantaran di Facebook berkata, sampel ikan berkenaan adalah yang tertua pernah direkodkan bagi program penyelidikan.

Turut dimuat naik menerusi hantaran itu adalah gambar Boyll iaitu individu yang berjaya menangkap ikan berkenaan.

Gambar berkenaan menunjukkan Boyll berdiri di sebelah ikan yang ditangkapnya dan jelas kelihatan saiznya lebih tinggi dari lelaki itu.

Boyll yang berasal dari Siesta Key memancing ikan berkenaan di kawasan perairan dengan kedalaman 182 meter.

Warsaw adalah kerapu tertua direkodkan di negeri itu.

Selasa, 12 Mac 2019

Jumaat, 1 September 2017

thumbnail

MISI MENCARI LUBUK HARUAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah agak lama admin tak update blog ni akibat kesibukan yang melampau. Mancing tetap mancing tapi dah tak addict macam mula-mula dulu. Korang kalau nak follow pun boleh follow admin di channel rasmi Youtube Joran & Gewang.

Baru-baru ni admin ada follow kengkawan caster yang cuba-cuba terjah masuh hutan sawit untuk mencari lubuk haruan. Mula-mula agak hampa sebab kami pergi terjah macam tu jer dengan berbekalkan data di handphone. Maknanya tengok google maps ler..hehehe..


Terjah punya terjah jumpa hanyalah lopak kecil. Mana tak hampa. Tapi nak kata rezeki kan pada hari tu terserempak pulak dengan orang asal di situ (orang asli) yang sudi berkongsi dengan kami lokasi lubuk ikan haruan. Alhamdulillah ada juga rezeki naik 2 ekor haruan pada masa tu. Jom tengok video ni..

Video pertama

Video repeat balik tapi port yang berbeza

Khamis, 27 Julai 2017

thumbnail

HADIAH WANG TUNAI RM37K MENANTI KAKI PANCING GP KOPDBKL 6 OGOS INI


Wang tunai berjumlah RM36,900 menanti kaki pancing sempena pertandingan Siri Kedua GP KOPDBKL pada 6 Ogos di Taman Tasik Titiwangsa.

Pertandingan anjuran Koperasi Pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KOPDBKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan penyertaan kira-kira 1,000 kaki pancing.

Pengerusi KOPDBKL, Kamarulzaman Mat Salleh berkata juara bakal membawa pulang RM20,000, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000, dan RM3,000.

"Selain hadiah wang tunai, kami juga menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah cabutan bonanza selain 20 hamper untuk cabutan bertuah," katanya pada sidang akhbar mengenai pertandingan itu pada Khamis.

Sebagai simbolik pertandingan, penganjur melepaskan hampir satu tan ikan rohu dan pacu ke dalam tasik itu, yang disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Setiap pendaftaran dikenakan bayaran RM50 untuk satu joran dan peserta dibenarkan menggunakan maksimum dua joran.

Kaunter pendaftaran dan pengesahan dibuka di Pejabat KOPDBKL sehingga 4 Ogos manakala kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka di lokasi pertandingan bermula pukul 12 tengah hari pada 5 Ogos.