Sabtu, 4 Julai 2015

thumbnail

BELIDA DENGKIL SEBERAT 4KILO?

Bulan ramadhan paling lama bercuti memancing.Asyik layan youtube tengok video orang jer.Akibat tak tahan tengok joran tersadai macam tu jer, aku pun set dengan member.

Kami pun setuju untuk ke lokasi yang biasa kami casting bersama suatu ketika dulu.Sampai ke lokasi aku cas guna spinner frog untuk pikat toman atau haruan di sudut sudut samai.Sahabat Safizol pula menggunakan gewang minnow.

Kami pun berpecah cuma tidak berjauhan sangat.2 kali sambaran toman dan haruan telah merentap spinner frog aku lalu masuk ke samai.Dalam keadaan panik dan hilang fokus, aku terlupa untuk tegangkan tali dan dalam pada itu juga spinner frog aku terlucut dari mulut pemangsa.Frust tak ingat.

Tetiba pulak masa tu aku terdengar jeritan Safizol dari belakang.Rupa rupanya sang belida dah bedal gewang minnow dia.Tak sangka ada belida sebesar itu dalam lombong ni.

Tu dia..belida 3.8kg

Aku pulak tumpang glamour..hehehe

Tahniah kepada sahabatku Safizol kerana telah mendapat lesen yang amat menarik di bulan ramadhan.Aku pula masih kungpow dan menanti lesen yang tak kunjung tiba.

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments