Isnin, 25 April 2016

thumbnail

MEMANCING DI PORT LARANGAN


Al kisah aku membottom di salah sebuah tasik dekat-dekat sini membuahkan hasil apabila berjaya menjinakkan seekor mama toman seberat 2.3kg dan seekor patin mega rekod peribadi yang seberat 11kg.

Pada mulanya memang setting nak pegi casting.Tapi asyik kumpau kan. So aku pun stanby la satu rod 9 kaki untuk mencuba-cuba nasib dengan si cik patin kat area tu. Pernah naik seekor masa bulan berapa ntah. Saiznya besar tapi cuma 2.4kg jer.

Rod casting pun aku stanby sambil-sambil tunggu rod 9 kaki tu mengena. Hasil yang pertama tu aku rasa cam nak gelak skit sebab si toman ni boleh bedal umpan roti. Haaa memang sangkut la ko dengan mata rambai tu. Cuma perlukan less then 5 minit saja untuk naikkan dia ke darat.

Dah snap-snap amik gambor aku cnr balik si toman tu. Fuhh..rasa puas hati pun ada. Almaklumlah lesen membottom naik si toman. Ok..kepal kepal kepal umpan aku pun lontar untuk cubaan kedua. Harap harap dapatlah si cik patin.

Lama jugak aku nunggu..aku pulak jenis tak boleh duduk diam, dengan cargas aku casting haruan kat belah belakang. Spot sunyi..tapi haruannya agak sombong. Tapi kalau kena memang besar-besar beb.

Dalam pada tengah leka dok casting haruan aku boleh dengar loceng rod 9 kaki aku tu berbunyi. Bukan dekat..jauh jugak la aku berlari dengan penuh rasa debaran.

Haaa tuuu dia..rod 9 kaki melendut. Tali kat reel pun dah nak habis..aku pun gulung la cepat. Hasilnya memang sekor cik patin bersaiz mega iaitu 11kg..Wow!! rasa senyum kepuasan walaupun cik patin tu ajak lawan selama 30 minit. Meh aku belanja gambaq skit..




Salah satu gaya selfie dengan cik patin.


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments